Sunday, October 6, 2013
KHASIAT CURCUMA MANGGA CURE (KUNYIT PUTIH)
Fakta mengenai Curcuma Mangga
Kunyit Putih (curcuma mangga),
mengandungI zat kurkumin. Dalam buku Encyclopedia of Medical Plants dinyatakan, kurkumin mempunyai khasiat anti-oksidan dan anti-inflamasi. Bahkan khasiat anti-oksidannya lebih kuat dari vitamin E, sedangkan khasiat anti-inflamasinya lebih kuat daripada hidrokortison kimia/sintetis.
Menurut laporan American Institute of Cancer Report yang dimuat The New York Times akhir Julai 1999, kanser dapat dicegah dengan kunyit. Zat anti-oksidan pada
Mei 1999
Hasil penelitian Dr.Retno S Sudiby
menyebutkan bahawa Curcuma mangga mengandungi “protein toksis”. Sejenis Ribosome in Activating Protein (RIP). Inilah protein yang mampu mematikan Ribosom, sehingga sintesa protein di dalam sel terganggu. Protein tersebut lebih mudah melakukan penembusan ke dalam sel kanser daripada sel sihat. Akibatnya sel kanser tidak dapat berkembang biak. Kerana sel kanser memiliki batas umur, maka lama kelamaan akan habis dengan sendirinya.
Dari huraian tersebut, terdapat tiga manfaat Curcuma mangga dalam memerangi kanser, iaitu :
RIP menghalang pengembangbiakan sel kanser, sehingga lama-lama akan habis. Antioksidan pada kurkumin mencegah kerosakan gen dimana kerosakan gen adalah salah satu penyebab terjadinya kanser. Zat anti inflamasi pada kurkumin bermanfaat menghilangkan keradangan padahal kanser selalu disertai keradangan. Kerana Curcuma mangga termasuk bahan alami, maka pemakaian dalam jangka panjang sekalipun, tetap selamat bagi manusia.
Pencegahan tetap lebih baik
Tidak semua penyakit kanser mudah dikesan dari awal. Malah ada beberapa kes yang baru diketahui setelah berada di peringkat akhir. Dr. Sjahrul Sjamsudin, Sp. OG dari FKUI / RSCM pernah menghuraikan kanser ovarium merupakan pembunuh tersembunyi (silent killer), dengan angka survival hanya 30%. Dari data RSCM diketahui bahawa terdapat 10 kes kanser ovarium setiap bulan. Dikatakan juga, sekitar 70% dari kes kanser itu (Kompas, 2 Agustus 2000) diketahui ketika telah menyebar.
Seorang ahli lain, dr. Samsuridjal menerangkan bahawa dikalangan lelaki, umumnya pada usia 45 tahun, terjadi pembesaran prostat secara perlahan-lahan. Dalam penulisan tentang gangguan pembesaran prostat disebutkan adanya dua kemungkinan, iaitu pembesaran sel (hipertropi) dan peningkatan jumlah sel (hiperplasia). Salah satu dari keduanya dapat berkembang menjadi kanser prostat (Kompas 26 Desember 1999 dan Senior 07/19 Agustus 1999). Kita semua mengetahui bahawa ubat kanser adalah untuk mengubati pesakit kanser. Bukan untuk orang sihat. Curcuma mangga bukanlah ubat, tetapi bahan semulajadi yang berkhasiat untuk menghambat laju pengembangbiakan sel kanser, sekaligus bermanfaat untuk mencegah kerosakan gen – salah satu penyebab timbulnya kanser.
Sifat dari kandungan Curcuma mangga, iaitu RIP adalah menghambat laju pengembangbiakan sel kanser, sehingga kesan terapinya bersifat tidak langsung iaitu menunggu matinya sel kanser itu sendiri.
Kesimpulannya, kesan terapi dengan bahan semulajadi ini memerlukan waktu yang agak panjang. Hasil kemajuan pesakit juga agak perlahan, yang bererti memerlukan kesabaran. Namun kenyataan yang menyokong iaitu bahawa Curcuma mangga adalah bahan semulajadi, sehingga selamat bagi pesakit.
Sukatan pengambilan Curcuma Mangga
Untuk penyembuhan : 4 – 5 kali sehari, satu sudu teh ( dibancuh dengan setengah gelas air ).
Untuk pencegahan : 1 – 2 kali sehari, satu susu teh
Curcuma Mangga ini telah dijadikan dalam bentuk kapsul. Hanya perlu mengambilnya 2 kali sehari iaitu sebiji di waktu pagi dan sebiji di waktu malam. Kepada wanita yang hamil pula, anda dilarang mengambilnya kerana dikhuatiri mengakibatkan keguguran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment